Thursday 2 February 2012

PERATURAN BALAPAN & PADANG MSS DAERAH JEMPOL

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH JEMPOL TAHUN 2012

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

1.0        Undang-Undang

1.1     Kejohanan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia dan peraturan MSSM dengan beberapa pengecualian tertentu.

2.0        Tarikh

            2.1        Tarikh Kejohanan ialah 20, 21, 22 dan 23 MAC 2012.
            2.2        Tempat Kejohanan ialah di padang SBP INTEGRASI JEMPOL.

3.0        Penyertaan

3.1     Tiap-tiap sekolah dibenarkan mendaftar tidak lebih dari dua (2) peserta bagi sesuatu acara perseorangan, dua (2) peserta untuk acara terbuka dan satu (1) pasukan sahaja untuk acara pasukan.
3.2      Seorang peserta tidak dibenarkan bertanding dalam lebih dari tiga acara perseorangan dan dua acara berpasukan. Acara terbuka ialah acara perseorangan. Bilangan maksima penyertaan seseorang adalah seperti berikut:-

Bilangan Umur
Individu
Pasukan
18 Tahun ke bawah
3(termasuk acara terbuka)
2
15 Tahun ke bawah
3(termasuk acara terbuka)
2
12 Tahun ke bawah
3
2
10 Tahun ke bawah
3
2

3.3           Seorang peserta hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam satu kelas tertentu
        mengikut kategori umurnya sahaja.
3.4    *Peserta-peserta Quatathlon (L&P) TIDAK dibenarkan mengambil bahagian dalam acara perseorangan dan berpasukan.
3.5        Acara 3000m terbuka kepada peserta perempuan lebih 12 tahun.
3.6        Acara 5000m terbuka kepada peserta lelaki lebih 12 tahun.
3.7        Hanya peserta yang didaftarkan sahaja dibenarkan mengambil bahagian.

4.0        Pembahagian Kelas

 4.1       Peserta-peserta dibahagikan kepada kelas mengikut umur pada 1hb Januari 2012.

    Kelas 1          :           bawah 18 tahun –lahir pada tahun 1994,1995, 1996
Kelas 2          :           bawah 15 tahun –lahir  pada tahun 1997,1998, 1999
                            Kelas 3          :           bawah 12 tahun- lahir pada tahun 2000, 2001
                           Kelas 4           :           bawah 10 tahun – lahir pada atau sebelum tahun 2002

4.2      Jawatankuasa Pengelola berhak meminta peserta menunjukan Kad Pengenalan diri atau Sijil Kelahiran jika timbul sesuatu masalah / apabila diperlukan. Hanya sijil kelahiran asal yang dikeluarkan oleh pihak Pendaftaran Negara sahaja yang dianggap bukti sah.

 4.3       Pelajar Tingkatan 6 TIDAK DIBENARKAN sama sekali mengambil bahagian.



5.0        Pendaftaran Peserta

5.1     Setiap sekolah adalah dikehendaki mengisi borang pendaftaran yang disediakan oleh pihak pengelola. Borang pendaftaran ini hendaklah ditaip dan diemailkan ke nea6007@ppdjempoljelebu.net dan khairulsham80@yahoo.com . Satu (1) salinan yang telah disahkan oleh pengetua masing-masing hendaklah dihantar melalui faksimili kepada Pengerusi Pengelola Pertandingan Kejohanan di alamat seperti berikut:-
            SBP INTEGRASI JEMPOL,
            72200 BATU KIKIR,
Negeri Sembilan.
            Manakala satu (1) salinan adalah untuk simpanan pihak sekolah berkenaan.
5.2     Peserta yang hanya mengambil bahagian dalam acara Lari Berganti-ganti dikehendaki mendaftar juga. (Boleh daftar seramai 5 orang)
5.3      Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 FEBRUARI 2012. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan dilayan.
5.4       Sebarang perubahan / pindaan peserta boleh dilakukan sebelum 24 FEBRUARI 2012.

6.0        Nombor Peserta

6.1        Pihak sekolah berkenaan perlu menyediakan nombor untuk para peserta masing-masing. Pihak pengelola tidak bertanggungjawab.
6.2        Pengenalan untuk sekolah mengikut huruf-huruf abjad yang berikut:-

BIL.
NAMA SEKOLAH MENENGAH
ABJAD
1
SMK BAHAU
A
2
SMK BAHAU 2
B
3
SMK BANDAR BARU SERTING
C
4
SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS)
D
5
SMJK CHI WEN
E
6
SMK DATUK MANSOR
F
7
SMK LUI BARAT
G
8
SMK PALONG 2 (FELDA)
H
9
SMK PALONG 7 (FELDA)
J
10
SMK PALONG 11 (FELDA)
K
11
SMK PASOH 2 (FELDA)
L
12
SMK SERI PERPATIH
M
13
SMK SERI JEMPOL
N
14
SMK SERTING HILIR KOMPLEKS
P
15
SBP INTEGRASI JEMPOL
Q
16
MRSM SERTING
X
17
SMA DATO’ HAJI MUSTAPHA
Y
18
SMRA JEMPOL
Z



BIL.
NAMA SEKOLAH RENDAH
ABJAD
1
SK AYER HITAM
AA
2
SK BANDAR BARU SERTING
BB
3
SK BATU KIKIR
CC
4
SK JEMPOL
DD
5
SK LUI MUDA (FELDA)
EE
6
SK LUI SELATAN (FELDA)
FF
7
SK LUI TIMUR (FELDA)
GG
8
SK PALONG 1 (FELDA)
HH
9
SK PALONG 2 (FELDA)
JJ
10
SK PALONG 3 (FELDA)
KK
11
SK PALONG 4 (FELDA)
LL
12
SK PALONG 5 (FELDA)
MM
13
SK PALONG 7 (FELDA)
NN
14
SK PALONG 8 (FELDA)
PP
15
SK PALONG 9 (FELDA)
QQ
16
SK PALONG 12 (FELDA)
RR
17
SK PALONG 14 (FELDA)
SS
18
SK PASOH 2 (FELDA)
TT
19
SK PASOH 3 (FELDA)
UU
20
SK PULAPAH
VV
21
SK ROMPIN
WW
22
SK SAINT AIDAN
XX
23
SK SERTING (FELDA)
YY
24
SK SERTING 3 (FELDA)
ZZ
25
SK SERTING HILIR 2 (FELDA)
AB
26
SK SERTING HILIR KOMPLEKS
AC
27
SK SERTING ILIR
AD
28
SK SERTING ULU
AE
29
SK SUNGAI LUI
AF
30
SK SUNGAI SAMPO
AG
31
SK TUNKU MUDA SERTING
AH
32
SMKBK (MODEL KHAS)
AJ
33
SJKC BAHAU
BC
34
SJKC CHI SIN
BD
35
SJKC CHI WEN
BE
36
SJKC CHUNG HUA
BF
37
SJKC KG BARU MAHSAN
BH
38
SJKC LADANG GLENDALE
BJ
39
SJKC LADANG MIDDLETON
BK
40
SJKT LADANG AIR HITAM
BT
41
SJKT LADANG BAHAU
BU
42
SJKT LADANG GEDDES
BV
43
SJKT LADANG JERAM PADANG
BW
44
SJKT LADANG KELPIN
BX
45
SJKT LADANG MIDDLETON
BY
46
SJKT LADANG SENAMA
BZ
47
SJKT LADANG SIALANG
CA
48
SJKT ST. HELIER
CB
49
SJKT LADANG SUNGAI SEBALING
CD
50
SJKT TANAH PANJIS
CE

6.3     Huruf / abjad menunjukkan sekolah. Angka pertama menunjukkan kelas peserta, angka kedua dan ketiga menunjukkan nombor peserta berkenaan.

Sekolah
Huruf Pasukan
Nombor Peserta Lelaki
Nombor Peserta Perempuan
Sekolah E
SMJK Chi Wen
E101-E139 ( L1 )
E140-E180 ( P1 )


E201-E239 ( L2 )
E240-E280 ( P2 )
Sekolah AA
SK Ayer Hitam
AA301-AA339 ( L3 )
AA340-AA380 ( P3 )


AA401-AA439 (L4)
AA440-AA480 (P4)

6.4       Nombor hendaklah dipakai di hadapan dan di belakang. Gunakan 4 pin di hadapan dan 4 pin di belakang. Kedudukan nombor hendaklah jelas, terang dan mudah dilihat.
6.4.1     Peserta lompat tinggi adalah dibenarkan menggunakan satu nombor sahaja
                                 ( di hadapan / di belakang )
            6.5       Tebal Nombor ialah 1.5cm dan tinggi nombor ialah 10cm. Ukuran kain 
(putih) yang digunakan ialah 25cm x 15cm. Cetakan warna HITAM . 
6.6     Semua peserta hendaklah diberi nombor termasuk peserta acara berpasukan di dalam borang pendaftaran.
  
7.0               Pakaian Peserta

7.1          Dalam semua acara, peserta hendaklah memakai pakaian yang sesuai, bersih dan kemas.
7.1.1   Peserta lelaki dan perempuan boleh menggunakan baju T, singlet dan seluar pendek / trek.
7.1.2     Jika memakai tudung kepala hendaklah diikat dengan kemas atau dimasukkan ke dalam baju supaya tidak menutup nombor peserta berkenaan atau mengganggu peserta lain.
7.2     Pegawai-pegawai berkenaan berhak menghalang mana-mana peserta yang memakai pakaian yang tidak sesuai daripada menyertai acara tersebut.
7.3        Peserta bagi acara berjalan kaki WAJIB memakai seluar pendek atau memakai seluar ‘tight’ jika panjangnya melebihi paras lutut.

8.0               Peralatan

8.1          Alat-alat untuk acara padang/ balapan akan disediakan oleh Pihak Pengelola Kejohanan. Peserta-peserta tidak dibenarkan membawa alat sendiri.
8.2     Peserta yang ingin menggunakan peralatan sendiri perlu mendapat kebenaran secara bertulis daripada Pengerusi Teknik dan Pengurus Kejohanan.
8.3         Semua peserta Kelas 1 dan 2 digalakkan memakai alas kaki dalam acara ‘sprint’ dan menggunakan ‘starting block’ dalam acara-acara berikut :-
- 100m                           - 200m               - 400m
- 4 x 100m                     - 4 x 400m         - 100m /110m /200m /400m lari berpagar
8.3.1     Ketinggian permulaan acara Lompat tinggi
      8.4    Ukuran Alat / Paras Ketinggian

                        8.4.1   Ketinggian permulaan acara Lompat tinggi.

Kelas
Lelaki
Perempuan
1
1.45m
1.15m
2
1.30m
1.10m
3
1.10m
1.00m
4
1.00m
0.90m
           
Peningkatan pada setiap pusingan berikut ialah 3cm.

8.4.2          Ketinggian permulaan bagi acara Quatathlon.

Kelas
Lelaki
Perempuan
Quata
1.20m
1.00m

Bilangan percubaan bagi acara-acara padang ialah TIGA kali percubaan sahaja. 8 peserta terbaik diberi tambahan TIGA lagi.

8.4.3          Kedudukan papan lonjak untuk acara Lompat Kijang.

Kelas
Lelaki
Perempuan
1
11 / 9m
9 / 7m
2
9 / 7m
9 / 7m

8.4.4          Ukuran Tinggi / Berat alat yang digunakan.

Acara
Lelaki
Perempuan
1
2
3
4
1
2
3
4
60m



0.52m



0.52m
80m L/P


0.68m



0.68m

100m L/P




0.76m
0.76m


110m L/P
0.91m
0.84m






200m L/P

0.84m



0.76m


400m L/P
0.84m



0.76m



Peluru
5.45kg
4.55kg
2.72kg
2.00kg
4.00kg
4.00kg
2.72kg
2.00kg
Cakera
1.50kg
1.00kg


1.00kg
1.00kg


Lembing
700g
600g


600g
600g



8.4.5          Acara 60m, 80m dan 200 Lari Berpagar

Acara
Bilangan Pagar
Pagar 1 dari Garisan Permulaan
Pagar ke Pagar
Pagar Akhir ke Garisan Penamat
60m
6
12.00m
6.5m
15.5m
80m
8
12.00m
7.50m
15.50m
200m
10
16.00m
19.00m
13.00m

8.5        Acara Quatathon          :           Lelaki & Perempuan Kelas 2
                           Hari Pertama     :           100 / 110m  Lari Berpagar, Lompat tinggi, Lompat Jauh
                           Hari Kedua        :           800m

9.0               Melapor Diri dan ketepatan masa

9.1          Semua acara dijalankan mengikut jadual / masa yang ditetapkan. Sebarang pertukaran masa / acara yang dibuat oleh pihak pengelola akan diumumkan sahaja.
9.2     Penyelia peserta akan memanggil peserta yang terlibat 15 minit sebelum acara itu berlangsung. Para peserta hendaklah melaporkan diri ke Kemah Penyelia Peserta sebaik sahaja panggilan dibuat. Panggilan kedua akan dibuat 5 minit kemudian dan sekiranya peserta berkenaan tidak hadir maka peserta berkenaan tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam acara tersebut. Acara Balapan diberikan keutamaan.
9.3    Pengurus pasukan / wakil perlu memberitahu Penyelia Peserta sekiranya peserta berkenaan mengambil bahagian dalm acara yang sedang berlangsung.
9.4     Penyelia Peserta berhak melarang mana-mana peserta dari mengambil bahagian jika mereka mendapati peserta berkenaan tidak mematuhi ‘undang-undang dan peraturan pertandingan’.
9.5   Peserta yang mengambil bahagian pada peringkat akhir WAJIB memulakan dan menamatkan perlumbaan (acara balapan). Jika tidak, peserta berkenaan dianggap menarik diri dari kejohanan.
9.6           Peserta yang menarik diri semasa kejohanan tidak boleh diganti.

10.0            Penggantian Peserta

10.1        Tidak dibenarkan sebarang pertukaran acara bagi peserta-peserta acara perseorangan di sepanjang kejohanan ini.
10.2    Penggantian peserta boleh dibuat sebelum 27 FEBRUARI 2012 (Hanya peserta berdaftar sahaja).
10.3   Peserta yang disahkan cedera oleh Pegawai Perubatan Kejohanan atau Pengurus Kejohanan semasa kejohanan dikecualikan. Tidak ada pengganti.
10.4     Dalam acara berganti-ganti, pasukan boleh mendaftar lima (5) orang peserta dalam borang penyertaan.
10.5            Peserta-peserta tidak dibenarkan menarik diri acara-acara yang telah ditetapkan kecuali cedera atau sebab-sebab yang telah disahkan oleh Pengurus Kejohanan.
10.6            Peserta yang menarik diri dari satu-satu acara yang telah didaftarkan akan dikeluarkan terus dari Kejohanan.
10.7       Semua keputusan yang telah diperolehi sebelumnya oleh peserta yang menarik diri akan dibatalkan dan kemenangan akan deberikan kepada pemenang berikutnya.




11.0            Pembatalan

11.1         Semua peserta yang layak dari pusingan separuh akhir ke akhir TIDAK boleh menarik diri dari peringkat akhir. Peserta yang mengambil bahagian pada peringkat akhir mesti memulakan dan menamatkan perlumbaan. Jika tidak, peserta berkenaan dianggap menarik diri dari kejohanan olahraga.
11.2     Semua keputusan yang diperolehi sebelum ini oleh peserta ini akan ditarik balik dan diberikan kepada pemenang berikut.

12.0            Penentuan Johan pasukan dan Individu

            12.1    Keputusan keseluruhan berpandukan jumlah pungutan emas diikuti pingat perak  dan   
                       gangsa termasuk pencapaian pasukan dan individu.
12.2    Pemilihan Peserta Terbaik.
12.2.1  Pemilihan peserta terbaik mengikut kelas umur berpandukan kepada peserta yang memecahkan rekod pada peringkat yang tertinggi (MSSDJ, MSSNS, MSSM, SEKOLAH- SEKOLAH ASEAN, MAAU)
12.2.2 Sekiranya perkara 12.2.1 tidak ada, maka penyamaan rekod akan diambil kira dalam pemilihan peserta terbaik.
12.2.3  Atau berpandukan kepada pungutan pingat emas, perak dan gangsa yang diperolehi oleh peserta tersebut.          
12.2.4  Jika pungutan pingat-pingat seri, keputusan akan dibuat berpandukan kepada gabungan acara:
1. Balapan & padang
2. Balapan
  (Acara jarak dekat diutamakan dari jarak jauh)
3. Padang.
                        12.2.5 Jika masih seri, rekod yang paling lama bertahan menjadi keutamaan. (TAHUN)
12.2.6 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih Peserta terbaik kejohanan adalah muktamad.

13.0              Akhir / Kedudukan Lorong

13.1    Jika terdapat Empat Separuh Akhir, pemenang dari setiap separuh akhir akan layak ke peringkat akhir dan 4 peserta lain yang memperolehi catatan masa terbaik akan layak ke peringkat akhir.
13.2    Jika terdapat Tiga Separuh Akhir : Dua peserta pemenang dari setiap separuh akhir dan dua peserta lain yang memperolehi catatan masa terbaik akan layak ke peringkat akhir.
Jika terdapat Dua Separuh Akhir : Tiga peserta pemenang dari setiap separuh akhir dan dua peserta lain yang memperolehi catatan masa terbaik akan layak ke peringkat akhir.
13.3    Acara 4 x 100m (P4 & L4), 4 x 100m dan 4 x 200m (P3 & L3), 8 pasukan yang mencatatkan masa terbaik dalam semua saringan akan layak masuk ke peringkat Akhir. Jika terdapat persamaan masa bagi dua atau lebih pasukan, cabutan undi akan dibuat untuk menentukan peserta yang layak masuk ke peringkat akhir.
13.4    Acara 100m, 200m, 60m lari berpagar dan 80m lari berpagar (P3, P4, L3 & L4) - 8 peserta yang mencatatkan masa terbaik dalam semua saringan akan layak masuk ke peringkat Akhir. Jika terdapat persamaan masa bagi dua atau lebih pasukan atau peserta, cabutan undi akan dibuat untuk menentukan peserta yang layak masuk ke peringkat Akhir.
13.5    Kedudukan lorong pada peringkat akhir akan ditentukan mengikut masa yang dibuat pada peringkat separuh akhir. Empat masa terbaik akan ditempatkan dalam lorong 3,4,5 dan 6 mengikut cabutan undian . Dua  masa terbaik berikutnya diundikan  dilorong 7 dan 8. Dua masa berikutnya diundikan di lorong 1 dan 2.
13.5.1            Semua undian dibuat oleh Jawatankuasa Teknik Kejohanan.

14.0              Saringan

14.1     Sekiranya kejohanan ini melibatkan banyak saringan terutamanya yang melibatkan
sekolah-sekolah rendah. Kemungkinan akan terdapat lebih daripada 8 pasukan atau
peserta bagi sesuatu acara; terutamanya acara yang popular. Maka rujuk 13.4 dan
13.5.

15.0              Had Kelayakan

15.1     Acara-acara padang memerlukan had kelayakan yang perlu dilepasi sebelum ke peringkat akhir.
15.1.1            Had-had kelayakan adalah ditentukan oleh pengawai-pengawai olahraga di    
       bahagian masing-masing berdasarkan kesesuaian.

16.0              Bantahan

16.1              Sebarang bantahan berhubung dengan kejohanan hendaklah dibuat oleh Pengurus Pasukan secara bertulis dalam 15 minit (peringkat separuh akhir) dan 30 minit (peringkat akhir) selepas satu-satu keputusan rasmi diumumkan. Bayaran perkhidmatan sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja) hendaklah disertakan bersama. Bantahan hendaklah dihantar kepada Pengurus Kejohanan.
16.2              Wang Pertaruhan ini akan menjadi hak milik jawatankuasa Pertandingan jika bantahan tidak berjaya.
16.3              Sebarang masalah yang timbul berhubung dengan Kejohanan ini, pengurus-pengurus pasukan hendaklah kemukakan kepada Pengurus Kejohanan.
16.4              Keputusan juri rayuan adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.
16.4.1               Juri Rayuan  :    Pengerusi Pengelola / wakil
                                                Pengerusi MSSD Jempol / wakil
                                                Pengerusi Teknik MSSD Jempol
                                                2 Pengerusi Peserta Berkecuali
                                                Setiausaha Kejohanan (Pencatat)

17.0              Penyampaian Hadiah

17.1              Acara Individu sehingga 1500 meter                        Pertama hingga Ketiga
17.2              Acara Individu 2000 meter ke atas         Pertama hingga Keenam
17.3              Acara Quatathlon                                                               Pertama hingga Keenam
17.4              Acara Berpasukan                                                             Pertama hingga Ketiga (Lima orang setiap
                                       pasukan)
       Acara Padang                      Pertama hingga Ketiga
17.5              Penyelia hadiah akan menjemput pemenanng untuk menerima hadiah. Pengurus Pasukan mesti menyediakan pengganti peserta jika pemenang tidak dapat hadir.
17.6              Penerima hadiah hendaklah berpakaian sesuai (baju dan seluar trek), berkasut dan tanpa bertopi.







18.0              Keselamatan

18.1              Pihak Pengelola akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.
18.2              Pihak Pengelola tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kemalangan yang berlaku ke atas mana-mana pihak semasa atau selepas kejohanan.
18.3              Sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda peserta adalah tanggungjawab peserta itu.
18.4              Penyertaan peserta adalah tanggungjawab sendiri.

19.0            Penggunaan Dadah

19.1            Penggunaan dadah sebelum atau semasa kejohanan adalah diharamkan.
19.2            Ujian-ujian pengesanan (doping test) boleh dijalankan ke atas peserta-peserta secara rambang.
19.3            Tindakan selanjutnya akan dibuat jika terdapat tanda-tanda positif bahan terlarang. Akan diputuskan oleh Jawatankuasa MSSD Jempol

20.0            Larangan

20.1            Hanya peserta yang mengambil bahagin dan pegawai sukan sahaja dibenarkan berada di arena / gelanggang. Peserta-peserta yang lain di kemah-kemah yang disediakan.
20.2            Peserta tidak dibenarkan memanaskan badan di dalam kawasan arena.

21.0            Tindakan Mahkamah

21.1            Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas pengelola berhubung dengan kejohanan ini – MSSD Jempol

22.0            Pindaan dan Hak Jawatankuasa Pengelola

22.1            Semua acara dijalankan mengikut masa yang ditetapkan. Pihak Pengelola berhak membuat pindaan dalam susunan acara jika difikirkan perlu.
22.2            Pengelola berhak membuat sebarang pindaan atau pertukaran tertentu ke atas peraturan pertandingan jika perlu tanpa terikat kepada persetujuan Pengurus- Pengurus Pasukan. Sebarang pindaan atau pertukaran yang dibuat akan diumumkan.

23.0            Hal-hal Lain

23.1            Peserta perlu berbaris apabila masuk /keluar padang/ gelanggang.
Jawatankuasa pengelola akan menyediakan pengiring.
23.2            Minuman dan makanan adalah urusan sekolah masing-masing.
23.3            Sebarang perkara yang tidak disebut diserahkan kepada pihak pengelola.
23.4            Pelaksanaan FALSE START. Jika salah seorang peserta melakukan kesalahan semasa permulaan larian (starting), maka semua peserta akan diberikan amaran (KAD KUNING) dan jika berlaku kesalahan sekali lagi maka (KAD MERAH) dikeluarkan kepada peserta yang melakukan kesalahan tersebut. PERATURAN INI DILAKSANAKAN UNTUK PEMBANGUNAN SUKAN BALAPAN DAN PADANG MSSD JEMPOL.

Disediakan oleh,
PTPS BALAPAN & PADANG
MSS DAERAH JEMPOL 2012.   
                    

No comments:

Post a Comment